top of page
MATLAMAT

1.  Memastikan setiap komponen dan strata Organisasi Pejabat Pelajaran Daerah  Simunjan berkemampuan dan berkecekapan menyedia dan melaksanakan perkhidmatan pendidikan Cemerlang.

 

2.  Memastikan jentera pengurusan dan pentadbiran semua sekolah Daerah Simunjan berupaya memenuhi keperluan semasa dan berkesan.

 

3.  Memastikan semua kakitangan pelajaran di semua peringkat memiliki dan mengamalkan budaya dan etika kerja yang cemerlang dan professional.

 

4.  Memastikan pembangunan sumber manusia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dasar pembangunan Negara.

OBJEKTIF

1. Memimpin, menyelia dan menilai pengurusan sekolah di daerah demi meningkatkan prestasi sekolah-sekolah ke arah pendidikan bermutu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru Negara dengan mengambilkira kebitaran sekolah-sekolah;

2. Merancang dan melaksanakan program Perkembangan Staf, Perkembangan Profesionalisme serta meningkatkan Prestasi Kurikulum dan Kokurikulum;

3 Mengenalpasti dan merancang penyelesaian masalah-masalah dan kelemahan-kelemahan pengajaran- pembelajaran di sekolah;

4. Memimpin sekolah mengenalpasti dan memperkembangkan potensi individu murid dalam kontek konsep pendidikan seumur hidup;

5. Memimpin sekolah untuk memperkembangkan sosial yang berterusan Serta sensitif kepada perkembangan dan perubahan sosial dan ekonomi negara;

6. Mewujudkan satu bank data yang kemaskini demi untuk pengurusan sumber yang berkesan;

7. Membantu Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak merancang dan melaksanakan projek pembangunan, urusan penyelenggaraan bangunan dan perbekalan;

8. Memimpin sekolah mewujudkan satu perhubungan yang lebih berkesan dengan masyarakat, PIBG, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Pejabat-Pejabat Kerajaan;

9. Memimpin sekolah memainkan peranan yang berkesan sebagai sumber rujukan masyarakat tempatan;

10. Memimpin sekolah-sekolah melaksana dan menjayakan semua Projek Khas Kementerian

Pelajaran Malaysia serta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak;

11. Membantu sekolah mengadakan program khidmat kesihatan dan keselamatan;

12. Membantu Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dalam hal-hal Perkhidmatan dan pengawalan tatatertib guru, murid-murid, pekerja sekolah dengan tujuan meningkatkan prestasi kerja dan

13. Memimpin sekolah supaya dapat mewujudkan sebuah masyarakat sekolah yang bersatupadu, mempunyai disiplin diri, berakhlak mulia, berkeyakinan diri dan dapat menyesuaikan dengan perubahan serta cabaran-cabaran dan setia kepada agama,bangsa dan negara serta mendukung prinsip- prinsip Rukun Negara

bottom of page