top of page

Program Penangguhan Motivasi Kecemerlangan UPSR Daerah Simunjan

. Pejabat Pendidikan daerah Simunjan telah menganjurkan Program motivasi kecemerlangan UPSR yang diadakan pada 18 sehingga 20 Ogos bertempat di Dewan Mesra Simunjan dan juga SJK Chung Hua Simunjan. Program ini diadakan untuk semua sekolah rendah di daerah simunjan iaitu sebanyak 50 buah sekolah. Seramai 200 orang pelajar telah dipilih untuk mengikuti program tersebut dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan han- dal dan hebat. Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan oleh pihak PPD Simunjan dengan kerjasama guru-guru yang terlibat. Antara aktiviti yang telah diadakan seperti bengkel subjek teras iaitu bahasa inggeris, bahasa melayu, sains dan matematik. Program ini diadakan untuk memberi semangat dan rangsangan kepada pelajar.


Perasmian majlis penanguhan telah diadakan pada 20 Ogos iaitu pada hari terakhir program ini berlangsung. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Hjh Nancy Bt Hj Shukri merangkap ahli parlimen P. 200 Batang Sadong. Yang Berhormat Awla Bin Dris ADUN N25 turut hadir ketika majlis itu diadakan.





bottom of page