top of page

DIALOG PRESTASI BERFOKUS KEPADA KHATAM AL QURAN DAN PROGRAM j-QAF 2017 DAERAH SIMUNJAN BERSAMA SEK

Pada 22 Ogos 2017 (Selasa) yang lepas Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendididkan Negeri Sarawak telah mengadakan Dialog Prestasi Berfokus Khatam dan Iqra’ bagi Guru Besar dan Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Simunjan. Dialog Prestasi ini telah dijalankan selama satu hari bermula jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Seramai 42 buah sekolah yang terlibat di dalam dialog prestasi ini (sekolah yang terlibat di dalam Program j-Qaf dan mempunyai guru pendidikan Islam). Seramai 4 orang pegawai daripada Sektor Pendidikan Islam yang hadir iaitu Tuan Haji Zaini bin Hasbollah, Ketua Unit Operasi Pendidikan Islam, Ustaz Mohamad bin Solhi, Penolong Pengarah Pendidikan Islam Teras, Ustaz Mohd Hasmadi bin Mat, Penolong Pengarah jQaf dan Ustaz Mohd Hamami bin Salleh, Penyelia Kumpulan, SPI.

Dialog prestasi ini merupakan julung kali diadakan di daerah Simunjan bersama dengan pihak Sektor Pendidikan Islam dan Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan. Disamping itu juga terdapat beberapa buah sekolah telah dipilih untuk pembentangan data khatam dan program jQaf masing-masing. Sekolah bertuah yang dipilih adalah SK Tungkah Melayu, SK Sageng dan SJKC Chung Hua, Simunjan. Pembentangan telah dilaksanakan oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam bersama dengan Guru Besar sekolah yang terlibat.

Secara keseluruhannya program ini telah berjaya meyakinkan GPI untuk terus meneruskan perjuangan mereka di dalam meningkatkan bacaan iqra’ dan bacaan al Quran murid-murid daerah Simunjan. Program ini juga dapat menyatukan silaturahim antara pegawai SPI dan guru besar sekolah daerah Simunjan dan sekaligus memberikan pendedahan sekali lagi tentang program jQaf sekolah dan peratus bacaan al Quran murid-murid di sekolah.

Penutupan program telah dilaksanakan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan, En. Awang Ahmad bin Awang Sadit. Penyelaras Dialog Prestasi tersebut adalah Ust Mohammad Tuah bin Ibrahim, Penolong Penyelia, UPA (Pendidikan Islam/PPKI) dan Dayang Norliza bt Awang Yem, FasiLINUS.


bottom of page