MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ZIARAH CAKNA PERINGKAT PPD SIMUNJAN
Majlis Pelancaran Program Ziarah Cakna telah diadakan pada 28 Januari 2019 sebelah pagi di Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan.
Pada sebelah petang, semua pegawai terlibat menziarahi 4 buah rumah murid di Daerah Simunjan.
Rumusan Dapatan 2/4 Lawatan ke rumah ibu bapa murid:
i) SMK Sri Sadong, Simunjan.
Isu : Kerap tidak hadir ke sekolah (kehadiran bulan Januari 2019 - 2 hari sahaja). Murid tersebut selalu berjaga malam dan malas untuk bangun awal pagi untuk ke sekolah. Masalah bermain "game" di handphone menyebabkan murid berjaga sampai lewat malam.
Nasihat:
1. Murid disuruh / dipujuk untuk turun ke sekolah.
2. Dinasihatkan supaIsu: Bapa telah meninggal dunia. Ibu menyara persekolahan anak dgn berjual kerepek. Anak tua merupakan pelajar OKU /PPKI di SMK Simunjan No.1. Semua 6 org anaknya mendapat bantuan persekolahan oleh KPM.ya tidak bermain game sehingga lewat malam. 3. Dinasihatkan berjumpa dengan guru kelas, kaunselor atau mana2 guru sekiranya menghadapi sebarang masalah untuk ke sekolah.
Pengakuan / Janji Murid : 1. Murid berkenaan berjanji dan bersetuju untuk turun semula ke sekolah esok.
ii) SK Abg Man, Simunjan
Isu: Bapa telah meninggal dunia. Ibu menyara persekolahan anak dgn berjual kerepek. Anak tua merupakan pelajar OKU /PPKI di SMK Simunjan No.1. Semua 6 org anaknya mendapat bantuan persekolahan oleh KPM.
Cadangan Bantuan: 1. Membantu ahli keluarga itu mendapat bantuan zakat drpd pihak baitulmal. 2. Memanjangkan isu kpd pihak berkuasa tempatan (pejabat daerah )utk bantuan baik pulih rumah (dek rumah)krn masa tengahari keadaan rumah agak panas. 3. Mencadangkan utk pihak ibu pelajar mendaftar kpd jabatan kebajikan utk bantuan ibu tunggal. 4. Mendaftar anak sekolah menengah ke rumah kebajikan Hajjah Laila Taib bg meringankan beban kewangan keluarga terbabit dan memastikan kecemerlangan anaknya dlm akademik.
Secara keseluruhannya, tiada isu-isu lain yang serius. Pihak sekolah & ibubapa nampak bersungguh2 cakna utk menggalakkan anak2 terus ke sekolah slpas pertemuan diadakan 👍